Program multaqa ilmi ini diserikan dengan kehadiran Ustaz Saufi bin Abdullah, YDP IKRAM Pasir Mas, mengupas sebuah hadis Rasulullah saw berhubung dengan tujuh golongan manusia yang bakal memperolehi naungan Allah swt di hari akhirat kelak iaitu :
a) Pemerintah yang adil-
b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya
c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah
e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”
f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan Allah swt
Multaqa ilmi diteruskan dengan penceramah yang ke dua iaitu Ustaz Nuri bin Mustapha, AJK IKRAM Bachok yang telah menyampaikan ceramah dengan penuh bersemangat
No comments:
Post a Comment