Tuesday, June 14, 2011

Multaqa Ilmi Masjid Ar Rahman, Bachok



Bachok, Jumaat, 25 Rabiul Akhir 1432H bersamaan 29 April 2011, Jawatankuasa Dakwah IKRAM negeri Kelantan dengan kerjasama IKRAM daerah Bachok telah mengadakan  program Multaqa Ilmi peringkat negeri kali ke 2 dimana Masjid Ar Rahman, Bachok telah dijadikan tempat berlangsungnya program tersebut

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti beikut :
    1.  Pengisian Ilmu oleh  Ustaz Abdullah Tahmin bin Abdul Latiff, YDP IKRAM Kelantan
    2.  Pertandingan mewarna oleh anak-anak  peserta Multaqa Ilmi
    3.  Pameran dan jualan oleh Aqsa Shariff , Raudhatus Sakinah dan Ikramteens.
    4. Pemeriksaan kesihatan percuma

Program ini juga diserikan dengan kehadiran Presiden dan Naib Presiden IKRAM  Malaysia

GAMBAR-GAMBAR SEMASA PERASMIAN

Pengerusi Majlis,  Cikgu Nik Hassan yang juga Setiausaha IKRAM Bachok

 


YDP IKRAM daerah Bachok, Dr Mohamad bin Hamzah

PROGRAM  PENGISIAN ILMU

YDP IKRAM Kelantan sedang menyampaikan ceramah

Peserta  Multaqa Ilmi

Peserta Multaqa Ilmi : Kaum Wanita

Peserta yang hadir, termasuk kanak-kanak

PERTANDINGAN MEWARNA UNTUK ANAK-ANAK YANG HADIR BERSAMA KELUARGA

Anak-anak peserta multaqa ilmi yang menyertai pertandingan mewarna

Pertandingan mewarna
Pertandingan mewarna

Pertandingan mewarna
Para Juri sedang memilih pemenang







 PAMERAN DAN JUALAN


AQSA SHARIFF

RAUDHATUS SAKINAH



PEMERIKSAAN KESIHATAN







Jurufoto : Dr. Othman

Wednesday, June 08, 2011

Multaqa Ilmi 1 April 2011, Masjid SMI Aman, Binjai, Kota Bharu, Kelantan

Kota Bharu, 1 April 2011,  Multaqa Ilmi siri yang ke tiga bagi  tahun 2011 telah diadakan di Masjid Sek. Men. Islam Aman, Binjai, Kota Bharu,  Kelantan. Walaupun masjid tersebut masih lagi dalam proses pembinaan, namun ianya tidak menghalang ahli-ahli IKRAM  Daerah Kota Bharu untuk hadir menimba ilmu dan mempertautkan ukhuwwah di kalangan ahli-ahli IKRAM.

YBhg Ustaz Saufi bin Abdullah, YDP  IKRAM Pasir Mas

 Multaqa Ilmi kali ini mengundang YBhg  Al-Fadhil Ustaz Saufi bin Hj. Abdullah, YDP IKRAM  Daerah Pasir  Mas, untuk memberikan pengisian kepada ahli-ahli IKRAM yang hauskan ilmu, dahagakan amal . Kali ini beliau mengupas sebuah hadis Rasulullah saw mengenai lima (5) perkara yang boleh mengundang bala Allah swt.

 Gambar-gambar  semasa multaqa ilmi  di Masjid SMI Aman

Pengerusi majlis, Ustaz Muharman bin Bacthier


Ustaz Mohd Shamsuddin bin Yusoff sedang membaca ayat-ayat suci Al-Quran

YDP IKRAM Kota Bharu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Dakwah IKRAM Negeri Kelantan, Ustaz Dr. Mohd Sharani bin Mohd Naim sedang menyampaikan ucapan alu-aluannya,


Ustaz Saufi bin Abdullah sedang menyampaikan ceramah kepada ahli-ahli IKRAM yang hadir

Ikhwah dan Akhawat yang hadir



 



Tuesday, June 07, 2011

Multaqa Ilmi Feb 2011, SMI Aman, Kota Bharu

Kota Bharu, 22 Rabiul Awal 1432 H bersamaan dengan 25 Februari 2011,  IKRAM Daerah Kota Bharu telah menganjurkan program Multaqa Ilmi yang pertama bagi tahun 2011 bertempat di  Dewan terbuka (dewan futsal) Sek. Men. Islam Aman, Binjai, Kota Bharu, Kelantan.

Program ini dmulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Dakwah IKRAM Kelantan yang juga YDP IKRAM Kota Bharu iaitu Ustaz Dr. Mohd Sharani bin Mohd Naim. Seterusnya pengisian ilmu disampaikan oleh  YBhg YDP Ikram Negeri Kelantan, Ustaz Abdullah Tahmin bin Abdul Latif .
Disamping pengisian ilmu, program ini juga diserikan dengan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma kepada para hadirin, pameran oleh Aqsa Shariff dan Raudhatul Sakinah, dan juga pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.





Gambar 1 :  Sebahagian daripada para hadirin sedang mendengar ceramah daripada YDP IKRAM Negeri kelantan.











Gambar 2 :  Pameran Aqsa Shariff dan pemeriksaan kesihatan percuma











Gambar 3 :  Pemeriksaan Kesihatan











Gambar 4 : Gerai Raudatus Sakinah













Gambar 5 : Acara untuk kanak-kanak












Gambar 6 :  Pertandingan mewarna anak-anak







Gambar 7  :  Gerai  Aqsa Shariff








Gambar 8 :  Jamuan selepas program

Multaqa Ilmi Jan 2011, Masjid SBJ, Pasir Pekan, Tumpat

Tumpat,  23 Muharam 1432 H / 28 Januari 2011 Jawatankuasa Dakwah, Pertubuhan IKRAM Negeri Kelantan (IKRAM Kelantan) dengan kerjasama IKRAM Daerah Tumpat telah menganjurkan program "Multaqa Ilmi" yang pertama daripada  siri-siri program multaqa ilmi bagi tahun 2011. Program  multaqa ilmi ini telah  diadakan  di Masjid SBJ, Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan..

Program multaqa ilmi ini diserikan dengan kehadiran Ustaz Saufi  bin Abdullah, YDP IKRAM Pasir Mas, mengupas sebuah hadis Rasulullah saw berhubung dengan tujuh golongan manusia yang bakal  memperolehi naungan Allah swt di hari akhirat kelak iaitu :

a) Pemerintah yang adil- 

b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya
c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid 

d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah
e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”

f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan  Allah swt


Multaqa ilmi diteruskan dengan penceramah yang ke dua iaitu  Ustaz Nuri bin Mustapha,  AJK IKRAM Bachok yang telah menyampaikan ceramah  dengan penuh bersemangat