Wednesday, June 08, 2011

Multaqa Ilmi 1 April 2011, Masjid SMI Aman, Binjai, Kota Bharu, Kelantan

Kota Bharu, 1 April 2011,  Multaqa Ilmi siri yang ke tiga bagi  tahun 2011 telah diadakan di Masjid Sek. Men. Islam Aman, Binjai, Kota Bharu,  Kelantan. Walaupun masjid tersebut masih lagi dalam proses pembinaan, namun ianya tidak menghalang ahli-ahli IKRAM  Daerah Kota Bharu untuk hadir menimba ilmu dan mempertautkan ukhuwwah di kalangan ahli-ahli IKRAM.

YBhg Ustaz Saufi bin Abdullah, YDP  IKRAM Pasir Mas

 Multaqa Ilmi kali ini mengundang YBhg  Al-Fadhil Ustaz Saufi bin Hj. Abdullah, YDP IKRAM  Daerah Pasir  Mas, untuk memberikan pengisian kepada ahli-ahli IKRAM yang hauskan ilmu, dahagakan amal . Kali ini beliau mengupas sebuah hadis Rasulullah saw mengenai lima (5) perkara yang boleh mengundang bala Allah swt.

 Gambar-gambar  semasa multaqa ilmi  di Masjid SMI Aman

Pengerusi majlis, Ustaz Muharman bin Bacthier


Ustaz Mohd Shamsuddin bin Yusoff sedang membaca ayat-ayat suci Al-Quran

YDP IKRAM Kota Bharu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Dakwah IKRAM Negeri Kelantan, Ustaz Dr. Mohd Sharani bin Mohd Naim sedang menyampaikan ucapan alu-aluannya,


Ustaz Saufi bin Abdullah sedang menyampaikan ceramah kepada ahli-ahli IKRAM yang hadir

Ikhwah dan Akhawat yang hadir



 



No comments:

Post a Comment