Tuesday, August 16, 2011

Forum Perdana Isra' Mikraj, Masjid SMI Aman

Forum Perdana Isra' Mikraj dengan izin Allah swt telah dilaksanakan dengan jaya pada 27 Rejab 1432 bersamaan dengan 29 Jun 2011 di Masjid SMI Aman, Binjai, Kota Bharu, Kelantan.  Ahli-ahli penal terdiri daripada Ustaz Saibon bin Ismail (JAHEAIK), Ustaz Abdullah Tahmin bin Abdul Latif (YDP IKRAM Negeri Kelantan) dan Ustaz Muhammad bin Ismail (Pensyarah Kolej Jaipetra). Moderator forum ialah Ustaz Dr. Mohd Sharani bin Mohd Naim (YDP IKRAM Kota Bharu).


Forum bermula selepas solat Isyak dan telah dihadiri oleh  ahli-ahli IKRAM Kelantan, penduduk sekitar SMI Aman dan pelajar-pelajar Kolej Kejururawatan, Kubang Kerian yang hadir dengan 3 buah bas.

Ustaz Muhammad Ismail

Ustaz Abdullah Tahmin dan Ustaz Dr. Mohd Sharani

Sebahagian daripada hadirin yang hadir



Hadirin khyusuk mendengar  hujah-hujah yang disampaikan oleh ahli panel













Ustaz Saibon Ismail sedang menyampaikan hujah beliau






Penyampaian  cenderahati kepada ahli panel

Penyampaian cenderahati kepada ahli panel






Thursday, August 04, 2011

Multaqa Ilmi 27 Mei 2011, Masjid SMI Aman

Program bulanan Multaqa Ilmi, anjuran Jawatankuasa Dakwah, Pertubuhan IKRAM  negeri Kelantan dengan kerjasama IKRAM Kota Bharu telah diadakan pada 23 Jamadil Akhir 1432 H bersamaan 27 Mei 2011 bertempat di Masjid SMI Aman, Binjai, Kota Bharu, Kelantan. Program Multaqa Ilmi kali ini merupakan siri  ke 5 dan  acara-acara  yang diadakan sempena Multaqa Ilmi yang ke lima ini adalah seperti berikut :-

     1.    Program hari keluarga Pertubuhan IKRAM Kota Bharu
     2.    Pertandingan mewarna anak-anak ahli Pertubuhan IKRAM daerah Kota Bharu
     3.    Perkongsian ilmu oleh Ybhg. YDP IKRAM negeri Kelantan.
     4.    Majlis meraikan  ahli IKRAM Kota Bharu yang berpindah ke Gombak, Selangor

Program dimulakan dengan acara sukaneka keluarga ahli-ahli IKRAM Kota Bharu mulai dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Acara-acara yang dijalankan bertemakan ukhuwah bagi memperkukuhan ukhuwah islamiah dikalangan ahli-ahli.  Acara pertandingan mewarna untuk anak-anak ahli dijalankan serentak dengan sukaneka. Ibubapa bersukan anak-anak mewarna.

Seterusnya program perkongsian ilmu oleh YDP IKRAM Negeri Kelantan dimulakan pada jam 11.00 pagi  hingga jam 12.00 tgh.  Seterusnya program multaq ilmi ke 5 ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Hj. Kamarulzaman Che Mat, ahli IKRAM Kota Bharu yang akan berpindah ke Gombak, Selangor.  Program ini ditamatkan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang sukaneka dan juga pertandingan mewarna.

Gambar-gambar sukaneka  Keluarga IKRAM Kota Bharu dan pertandingan mewarma




Ahli-ahli yang hadir

Posing istimewa daripada Dr. Dinsuhaimi dengan Cikgu Zul


Pertandingan mewarna

Pertandingan mewarna

Pertandingan mewarna dan persegaran















Gambar-gambar  program multaqa ilmi dan penyampaian hadiah 



Sebahagian hadirin yang hadir

Pengerusi majlis, Hj. Khairuddin sedang menyampaikan ucapan aluan


Bacaan ayat-ayat Al-Quran oleh ahli IKRAMTeens

Ustaz Abdullah Tahmin sedang menyampaikan ceramah





Sebahagian daripada hadirin yang hadir

Majlis meraikan perpindahan ahli IKRAM KB ke Gombak


Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna





penyampaian hadiah




Penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka