Kota Bharu, 22 Rabiul Awal 1432 H bersamaan dengan 25 Februari 2011, IKRAM Daerah Kota Bharu telah menganjurkan program Multaqa Ilmi yang pertama bagi tahun 2011 bertempat di Dewan terbuka (dewan futsal) Sek. Men. Islam Aman, Binjai, Kota Bharu, Kelantan.
Program ini dmulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Dakwah IKRAM Kelantan yang juga YDP IKRAM Kota Bharu iaitu Ustaz Dr. Mohd Sharani bin Mohd Naim. Seterusnya pengisian ilmu disampaikan oleh YBhg YDP Ikram Negeri Kelantan, Ustaz Abdullah Tahmin bin Abdul Latif .
Disamping pengisian ilmu, program ini juga diserikan dengan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma kepada para hadirin, pameran oleh Aqsa Shariff dan Raudhatul Sakinah, dan juga pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.
Gambar 1 : Sebahagian daripada para hadirin sedang mendengar ceramah daripada YDP IKRAM Negeri kelantan.
Gambar 2 : Pameran Aqsa Shariff dan pemeriksaan kesihatan percuma
Gambar 3 : Pemeriksaan Kesihatan
Gambar 4 : Gerai Raudatus Sakinah
Gambar 5 : Acara untuk kanak-kanak
Gambar 6 : Pertandingan mewarna anak-anak
Gambar 7 : Gerai Aqsa Shariff
Gambar 8 : Jamuan selepas program